Wednesday 24 August 2016

Filled Under:

SERIUS COMEL GILER.... Shukri Yahaya Timang Cahaya Mata Sulung Perempuan.. Dah Macam Anak Patung.. Tahniah Shukri...

    SERIUS COMEL GILER.... Shukri Yahaya Timang Cahaya Mata Sulung Perempuan.. Dah Macam Anak Patung... Tahniah Shukri...




    TAHNIAH Admin ucapkan kepada aktor Shukri Yahaya dan isteri, Tya Adnan atas kelahiran puteri sulung pertama mereka tengah hari tadi.

    Menerusi laman Instagram peribadinya, Shukri berkongsi khabar gembira yang diterimanya dengan peminat-peminatnya.

    Melalui posting itu, sekeping gambar pelakon itu sedang mendukung bayi perempuannya dengan kapsyen berbunyi: “Syukur Alhamdulillah, hari ini Rabu bertarikh 24/8/2016 tepat jam 12.22pm isteri saya @tyaadnan selamat melahirkan cahaya mata sulung kami(perempuan)… Terima kasih pada semua yang mendoakan… Allahuakhbar…”


    Jelas terpancar di wajah aktor muda ini riak wajah penuh kegembiraan dan teruja dengan kehadiran puteri yang menjadi pelengkap hidup mereka.

    Walaupun baru empat jam dimuat naik, gambar tersebut telah menerima 31 ribu likes dan lebih 1,500 komen. Rata-ratanya yang membanjiri Instagram selebriti itu kerana ingin mengucapkan tahniah kepadanya di atas ‘anugerah’ diterimanya.

    Salah seorang peminatnya yang bernama @yat.haziq berkata: “Syukur… Amin semoga menjadi anak yang solehah… amin.”

    Manakala @dida_ayumiey pula teruja menulis: “Wah… Tahniah. Selamat menjadi papa @shukriyahaya dan mama @tyaadnan.” 




    1 comments: