Tuesday 25 October 2016

"Saya Bekerja Disini Tolong Jangan Percaya Dengan Dia Yg Cuba Memporak-Perandakan Keadaan!", Tercalar Dengan Imej Doktor Akhirnya Doktor Ini Mengeluarkan Faktar Tentang Hospital Sultanah Aminah Buat Orang Ramai Tergamam!


"Saya Bekerja Disini Tolong Jangan Percaya Dengan Dia Yg Cuba Memporak-Perandakan Keadaan!", Tercalar Dengan Imej Doktor Akhirnya Doktor Ini Mengeluarkan Faktar Tentang Hospital Sultanah Aminah Buat Orang Ramai Tergamam!



HOSPITAL SULTANAH AMINAH : ICU PERTAMA DI MALAYSIA


Hospital Sultanah Aminah yang mula beroperasi pada tahun 1882 adalah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Johor Bahru. Pada awal operasinya, ia dikenali sebagai Hospital Besar Johor Bahru dan hanya dilengkapi dengan satu wad. Pertambahan unit, fasiliti dan bangunan dibuat secara berkala.


Bangunan baru telah didirikan antara tahun 1938 sehingga 1941 untuk menanggung beban jumlah pesakit yang semakin bertambah. Bangunanberwarna merah bata ini dikenali sebagai bangunuan induk. Ia menjadikannya satu-satunya hospital yang berwarna merah di negara ini.


Pada era itu, Hospital Sultanah Aminah merupakan sebuah hospital moden yang mempunyai fasiliti yang lengkap. Antaranya unit yang menjadikan hospital ini terkenal dan gah pada era 70-an adalah Unit Rawatan Rapi(ICU).


Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah adalah unit rawatan rapi pertama di Malaysia yang dibangunkan untuk sektor awam. Unit tersebut telah dibuka secara rasmi pada 3 Februari 1969, oleh Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Ketika pembukaannya, operasi unit ini diketuai oleh Dato’ Dr T. Sachithanandan, ketua perkhidmatan Anaesthesiologi Johor ketika itu.


Susulan pembukaan ICU ini, hospital-hospital kerajaan di negeri lain mula membina fasiliti unit rawatan terapi dan menjadikan unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah sebagai model tanda aras. Mulai itu, jumlah unit ini terus berkembang dan sehingga 2013, dilaporkan terdapat lebih 600 katil unit rawatan rapi yang beroperasi di 49 hospital kerajaan di seluruh negara.


Kini, Hospital Sultanah Aminah adalah sebagai hospital rujukan utama bagi negeri Johor. Ia menyediakan 21 perkhidmatan klinikal, 9 perkhidmatan sokongan klinikal dan 5 perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan 7 unit di bawah Pengurusan Hospital Sultanah Aminah.


Berita tentang kebakaran ICU Selatan, Hospital Sultanah Aminah pada 25 Oktober 2016 adalah berita yang amat mendukacitakan. Tragedi ini akan meninggalkan kesan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Semoga ini menjadi nahas terakhir di unit ICU yang mempunyai sejarah yang besar dalam perkembangan awal perkhidmatan rawatan rapi di Malaysia.


Elak sebarkan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. Nantikan laporan rasmi daripada pihak autoriti.


Salam Takziah


Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

MedTweetMY

Medical MythBusters Malaysia


Nota: Saya lahir di Hospital Sultanah Aminah. Ayah saya pernah berkhidmat di sini. Oleh itu, saya juga terkesan.





"Takkn Buat Padang JDT Habis Berjuta-juta Boleh Tapi Nak Upgrade Hospital Tak Boleh?", Wanita Ini Berani Mati Sembur Tunku Idris.. Tapi Jawapan Yang Tunku Idris Bagi Memang Buat Dia Terduduk Dan Kerajaan Malu!


"Takkn Buat Padang JDT Habis Berjuta-juta Boleh Tapi Nak Upgrade Hospital Tak Boleh?", Wanita Ini Berani Mati Sembur Tunku Idris.. Tapi Jawapan Yang Tunku Idris Bagi Memang Buat Dia Terduduk Dan Kerajaan Malu!










Monday 24 October 2016

Inilah Wajah Nurse Dan Kakitangan Yg Terlibat Dan Memberanikan diri Sanggup Terbakar Demi Menyelamatkan Mangsa Kebakaran! Memang Layak dipanggil Hero Bergadai Nyawa Sendiri !

Inilah Wajah Nurse Dan Kakitangan Yg Terlibat Dan Memberanikan diri Sanggup Terbakar Demi Menyelamatkan Mangsa Kebakaran! Memang Layak dipanggil Hero Bergadai Nyawa Sendiri !






DOKTOR dan pembantu perubatan membantu pesakit dari Hospital sultanah Aminah dibawa ke bilik kecemasan untuk rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN

Putrajaya: Seramai 10 kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) terbabit dalam kejadian kebakaran di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua daripadanya dimasukkan ke ICU Hospital Sultan Ismail, manakala seorang lagi di hospital berkenaan.


"Sementara tujuh lagi kakitangan sedang dipantau rapi kerana mengalami kecederaan.


"Selain itu, seorang pesakit yang kritikal dihantar ke Unit Kebakaran Hospital Sultan Ismail,"katanya dalam kenyatan melalui Facebook (FB) hari ini.


Jumlah Kematian Makin Meningkat! Tak Sanggup Nak Tengok Video Ni Habis Rentung ! Lebih Menyedihkan Kaki Tangan Hospital Pun Terlibat.. Ini Video LIVE Ditempat Kejadian!


Jumlah Kematian Makin Meningkat! Tak Sanggup Nak Tengok Video Ni Habis Rentung ! Lebih Menyedihkan Kaki Tangan Hospital Pun Terlibat.. Ini Video LIVE Ditempat Kejadian!





JOHOR BAHRU: Kira-kira jam 9 pagi tadi wad ICU dua tingkat Hospital Sultanah Aminah telah terbakar dan menyebabkan beberapa orang pesakit terperangkap, lapor Bernama.


Hasil perkembangan menyelamat terkini, dilaporkan 6 orang mayat telah ditemui ketika ini.


Perkata ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan sebentar tadi.


Ketua Pengarah HSA, Datuk Dr Noorhisjam Abdullah berkata, pihaknya sedang menunggu pengesahan laporan awal mengatakan tujuh pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) maut akibat kebakaran


"Saya difahamkan tujuh pesakit di wad ICU meninggal dunia kerana terperangkap dan lemas, 13 kakitangan cedera termasuk tiga parah.


"Kita akan siasat punca kebakaran. Masih terlalu awal untuk mengesahkan apa-apa setakat ini," katanya/


Semua pesakit dihospital HSA kini dalam proses pemindahan ke Hospital Sultan Ismail. -Siakapkeli.my


KEMASKINI


RASMI: Mangsa yang maut dalam kebakaran di HSA ialah empat wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 50-an.

























"Kakak Dah Dapat Gelaran Datin, Apa Lagi Yg Kakak Nak Sampai sanggup Fitnah Saya Adik Kakak Sendiri? Semuanya Berubah Sejak Ibu Kita Pergi, Amira Dan Aqila Tu Pon Kakak Yang Memaksa Untuk Jaga Mereka, Ini Bukti Duit Saya Masukkan Tiap Bulan!", Kantoi! akhirnya Dalang Sebenar Adalah Bukan Faizz Nur Rupanya Kakaknya Sendiri ! Kenapa JAdi Macam Ni? Sebab Tamak?

"Kakak Dah Dapat Gelaran Datin, Apa Lagi Yg Kakak Nak Sampai sanggup Fitnah Saya Adik Kakak Sendiri? Semuanya Berubah Sejak Ibu Kita Pergi, Amira Dan Aqila Tu Pon Kakak Yang Memaksa Untuk Jaga Mereka, Ini Bukti Duit Saya Masukkan Tiap Bulan!", Kantoi! akhirnya Dalang Sebenar Adalah Bukan Faizz Nur Rupanya Kakaknya Sendiri ! Kenapa JAdi Macam Ni? Sebab Tamak?



Kenyataan Rasmi Faizznur Isu Pecah Amanah Anak Yatim


Setelah lama berdiam diri dengan pelbagai dakwaan serta tuduhan dari nitizen dan kakaknya sendiri, akhirnya Faizz Nur mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu pecah amanah wang anak yatim sebelum ini.


Kenyataan rasmi itu dikeluarkan oleh Faizz Nur di laman facebook miliknya sejak semalam dan hingga kini mendapat sebanyak 3 ribu perkongsian di facebook.


Faizznur menjelaskan bahawa beliau tidak gemar membuka pemasalahan keluarga untuk menjadi tatapan dan sajian umum. Namun setelah menerima pelbagai tuduhan dan tohmahan yang melampau dilemparkan terhadapnya, beliau terpaksa tampil memberikan penjelasan dan meminta netizen mendengar dari kedua-dua belah pihak sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya.


Berikut adalah kenyataan rasmi yang dipetik dari laman facebook milik Faizz Nur:


KENYATAAN RASMI

FAIZZNUR


Assalamualaikum w.b.t


Saya mengambil pendekatan ini untuk memberikan penjelasan mengenai sidang media yang dilakukan oleh kakak saya, Datin Yusnidah dan abang ipar saya, Dato Roslan, seterusnya ulasan yang dikeluarkan oleh netizen terhadap saya. Saya bukanlah gemar membuka permasalahan keluarga untuk dijadikan tatapan dan sajian umum, tetapi melihat kepada tuntutan semasa dan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya yang dirasakan terlampau berat dan apabila semua cerita yang diviralkan merujuk kepada sebelah pihak sahaja, memerlukan saya untuk tampil memberikan penjelasan. Namun saya tidak akan membuat kenyataan balas sidang media kerana kes ini masih berjalan di mahkamah dan tindakan membuat kenyataan balas tersebut adalah satu kesalahan yang menghina mahkamah (contempt of court).


Kemalangan yang meragut jiwa abang saya dan isterinya pada tanggal 2 May 2015, cukup memberi kesan yang amat mendalam kepada kami sekeluarga dan saya merupakan antara adik beradik yang paling rapat dengan arwah.


Setelah tersebarnya berita kemalangan tersebut, ramai rakyat Malaysia yang perihatin memberikan sumbangan ikhlas kepada Amira dan Aqila. Sepanjang arwah abang saya dan arwah isterinya masih hidup, mereka dan anak-anak tinggal bersama mak saya dan saya. Amira dan Aqila membesar bersama-sama saya kerana kami tinggal di rumah yang sama.


Arwah abang saya menjalankan perniagaan yang menguruskan permit dan visa dan saya menolong arwah abang saya menguruskan perniagaan tersebut. Arwah telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan legasi dan saya telah mengembangkan perniagaan tersebut.


Selepas pemergian arwah, Amira dan Aqila tinggal bersama saya dan mak saya. Selepas itu, kedua-dua keluarga disebelah pihak ayah dan ibu Amira dan Aqila telah berbincang mengenai penjagaan Amira dan Aqila.


Mak saya (nenek kepada Amira dan Aqila di sebelah ayah mereka – arwah abang saya) meminta izin Pn Wirda (nenek kepada Amira dan Aqila di sebelah ibu – arwah kakak ipar saya) untuk menjaga dua anak ini dan mak saya ada menyatakan hasratnya untuk mempertanggungjawabkan penjagaan Amira dan Aqila bersama-sama Alang iatu abang no. 3 saya, kerana, Alang merupakan seorang bapa yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak, dan kesemua anak-anak Alang cemerlang dalam bidang akademik dan ada yang menghafaz 30 juzuk al-quran dan isteri Alang juga ialah dua pupu kepada arwah ibu Amira dan Aqila. Kami sekeluarga amat mementingkan tentang hala tuju pendidikan yang terbaik untuk anak-anak ini.


Sewaktu perbincangan dijalankan, semua ahli keluarga bersetuju termasuk kakak saya, Datin Yusnidah mengenai penjagaan Amira dan Aqila yang akan dijaga oleh Mak saya dan Alang serta isteri.


Namun, seminggu selepas pemergian arwah abang saya, Kakak saya, bertegas untuk membawa pulang kedua-dua anak ini ke rumah mereka. Apabila, kami sekeluarga (mak dan adik beradik yang lain) ingin membawa Amira dan Aqila pulang kepangkuan neneknya untuk dijaga bersama-sama Alang, kakak saya sering menyatakan alasan seperti membawa mereka berjalan-jalan, membawa berjumpa artis dan sebagainya.


Tidak lama selepas itu, mak saya jatuh sakit dan kakak saya Datin Yusnidah pada ketika itu bertindak membuat tuntutan di mahkamah tanpa berbincang dengan mak dan adik-beradik yang lain bagi menuntut hak penjagaan sementara bagi Amira dan Aqila dan mahkamah memberikan hak penjagaan sementara kepada Kakak saya, Datin Yusnidah.


Pada ketika itu, Dato Roslan iaitu abang ipar saya, ada menelefon saya ada menyuruh saya untuk memberikan keseluruhan duit derma rakyat Malaysia kepadanya, untuk diuruskan memandangkan beliau sedang menjaga Amira dan Aqila pada waktu itu. Pada hemat saya dan adik-beradik lain ketika itu, kakak saya hanya mendapat hak penjagaan sementara, dan saya hanya akan menyerahkan keseluruhan wang itu selepas keputusan mahkamah terhadap hak penjagaan kekal yang akan dikeluarkan (Yang masih lagi berjalan di mahkamah).


Pada tanggal Ogos 2015, sekali lagi kami kehilangan insan tersayang iaitu mak kami yang tercinta.


Memandangkan usia kanak-kanak ini masih kecil, perancangan yang betul perlu dilakukan dalam menguruskan urusan perbelanjaan Amira dan Aqila. Kami bersepakat adik beradik (kecuali kakak saya) perbelanjaan diberikan mengikut keperluan semasa anak-anak tersebut.


Saya menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh kakak saya yang hanya RM12,000 diberikan.


Begini ceritanya.


Kakak saya meminta wang sebanyak RM12,000 daripada pemberian derma untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan menunaikan haji badal (arwah bapa dan arwah ibu, Amira dan Aqila), fidyah dan wakaf selebihnya untuk kegunaan membeli barang keperluan Amira dan Aqila dan kami adik beradik sepakat memberi kepadanya.


Tidak terhenti disitu sahaja.


Selepas itu, duit belanja Amira dan Aqila diberikan secara konsisten kepada Amira dan Aqila. Pemberian duit belanja ini ada direkodkan dan duit belanja yang diserahkan kepada kakak saya ditandatangani oleh kakak saya sendiri sebagai bukti penerimaan dengan saksi yang turut menandatangani dokumen tersebut.


Disamping itu juga, kakak saya Datin Yusnidah dan Dato Roslan ada membuat tuntutan lain di mahkamah termasuk tuntutan insurans peninggalan arwah, penjagaan anak, tuntutan nafkah, tuntutan faraid dan segala kes ini masih lagi berjalan di mahkamah dan tiada sebarang keputusan akhir lagi dibuat dan bertentangan seperti apa yang telah dihebohkan.


Mengenai tuntutan insurans, setelah perbincangan bersama peguam pemerhati Mr Leo, kami sekeluarga bersetuju (termasuk Datin Yusnidah), tuntutan insurans hanya akan dilakukan selepas perbicaraan kes MyV berakhir. Namun, selepas kakak saya, mendapat hak penjagaan sementara, dia telah bertindak membuat tuntuntan insurans peninggalan arwah Abang saya secara menerus, bercanggah dengan apa yang telah dipersetujui oleh kami sekeluarga sebelum ini iaitu tuntutan insurans hanya akan dibuat selepas segala kes mahkamah selesai.


Mengenai isu mufti yang dibangkitkan, saya meminta maaf diatas salah faham yang ditimbulkan oleh Datin Yusnidah dan saya menafikan kenyataan tersebut kerana saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan seperti yang telah dihebohkan.


Cukup lah saya nyatakan bahawa netizen dan rakyat Malaysia perlu faham, memang mudah untuk mana-mana pihak membuat sebarang tuduhan yang tidak berasas dan memutar-belitkan fakta apabila pihak yang dituduh tidak diberikan ruang untuk membela diri secara telus dan rasional. Kerana itulah perkara ini selayaknya diadili oleh mahkamah yang mulia dan bertauliah, yang akan mendengar dan mengadili fakta dan bukti kedua belah pihak, dan saya tidak boleh diadili oleh mahkamah pendapat umum (court of public opinion).


Tambahan lagi kes ini melibatkan permasalahan keluarga dan hanya keluarga kami sahaja yang tahu segala kisah disebaliknya dan aib pelbagai pihak yang tidak perlu didedahkan.


Sebagai waris keluarga lelaki yang amat menyayangi Amira dan Aqila saya telah cuba untuk mempertahankan dan menjaga kebajikan mereka dan kami adik beradik yang lain sepakat menyokong Puan Wirda (nenek kepada Amira dan Aqila – sebelah arwah ibu mereka) untuk menjaga Amira dan Aqila dan saya serta keluarga akan akur dengan segala keputusan mahkamah yang mulia demi memelihara masa depan dan kepentingan anak-anak ini.


Terima kasih Datin Yusnidah diatas keperihatinan anda menyelesaikan masalah keluarga dengan cara sebegini, secara terancang bersama-sama suami anda, Dato Roslan.


Along, Alang dan Adik(saya) hanya menjalankan tugas secara tegas.


Kini, segalanya sudah tercalar.


Maruah keluarga diruntun dan dipertontonkan secara terbuka.


Bukan ini yang Arwah Mak dan Arwah Uda inginkan.


Bukan ini ajaran Arwah Abah.


Bukan ini yang kita pinta.


Terima kasih.

Faizznur


"Memang Status Saya Janda Kena Tinggal Dengan Suami, Tapi Patut Ke Dia Buat Benda Tu? Memang Ramai Tak Tahu Sebenarnya Dia , , ," Nabil Kena Sembur Direct! Lihat Apa Yang Dia Buat Pada Elly Mazlien Menangis Janda Ni..


"Memang Status Saya Janda Kena Tinggal Dengan Suami, Tapi Patut Ke Dia Buat Benda Tu? Memang Ramai Tak Tahu Sebenarnya Dia , , ," Nabil Kena Sembur Direct! Lihat Apa Yang Dia Buat Pada Elly Mazlien Menangis Janda Ni..








GV 3 Nyanyi Lagu Kisah Hidup Sendiri Saya Hampir Menangis Elly Mazlein



Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Elly Mazlein hampir menangis ketika menyanyikan lagu tugasan untuk minggu kedua, Berpisah Jua.


"Saya akui, lagu yang saya persembahkan seperti kena dengan kisah hidup saya. Saya rasa macam menyanyi di hadapan cermin.


"Minggu pertama lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, minggu kedua pula lagu Berpisah Jua.


"Pada awalnya, saya takut saya tidak boleh menahan sebak dan emosi ketika menyanyikan lagu Berpisah Jua. Saya hampir menangis ketika menyanyikan lagu tersebut.


"Namun begitu, saya menguatkan hati dan akhirnya dapat menyanyikan lagu itu dengan baik. Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya," kata Elly kepada Astro Gempak.


Bakal menyanyikan lagu Perawan atau Janda di konsert ketiga, Elly menerima cabaran tersebut dengan hati terbuka.


"Walaupun setakat ini semua lagu yang saya nyanyikan sedikit sebanyak ada kena mengena dengan status saya sekarang, saya memandang perkara itu positif.


"GV 3 merupakan sebuah pertandingan. Saya merupakan seorang penyanyi dan harus bersikap profesional. Saya menerima lagu tugasan tersebut dengan hati terbuka.


"Saya tidak boleh bersikap sensitif dan menganggap ini sebagai cabaran. Sudah namanya pun pertandingan, berilah lagu apa pun, lagu sedih atau gembira, saya harus menggalas tugas yang diberikan dengan baik.


"Lagu Perawan atau Janda merupakan sesuatu yang asing bagi saya. Sebelum ini, agak jarang saya menyanyikan lagu dangdut.


"Saya mahu memberikan sebuah persembahan yang menghiburkan. Jangan lupa untuk menantikan persembahan saya di minggu ketiga nanti," katanya lagi.


GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).


Konsert minggu ketiga GV 3 bakal membawa tema Ada Bran? dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.


Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik --->

Bukan kali pertama mahu pun kali kedua, pengacara dan juga pelawak Nabil Ahmad nampaknya kini sekali lagi menarik minat orang ramai apabila dikatakan berlawak tidak kena pada tempatnya. Perkara tersebut dilakukan Nabil sewaktu mengacara program realiti Gegar Vaganza.






Dalam siaran tersebut, Nabil telah mengeluarkan kenyataan – Macam ni punya cantik pun berpisah jua, yang ditujukan kepada Elly Mazlein selepas selesai persembahan. Seperti mana yang mana kita tahu, Elly sedang berusaha dalam mendapatkan semangat baru selepas sahaja bercerai dengan bekas suaminya, Azmi Hatta.


Nyata lawak yang diucapkan Nabil tersebut mengundang pelbagai persepsi berbeza di kalangan warga laman sosial. Ada yang menyifatkan lawak Nabil terlalu biadap selain dicemuh kerana tidak pandai menghormati perasaan orang lain.


Bagaimanapun, Elly Mazlein ketika itu dilihat bijak mengawal suasana dan kami rasakan penyanyi wanita itu sudah cukup kuat untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Sementara itu, pastinya Nabil pun ada jawapan tersendiri – sudah termaktub dalam kontrak mungkin lawak sedemikian.


Apa pun, insiden tersebut dalam masa yang sama sebenarnya turut membuatkan orang ramai tidak berhenti bercakap mengenai program tersebut. Setinggi mana kebencian orang ramai terhadap jenaka Nabil pun, mereka akan terus menonton sehingga final, sama seperti dua musim sebelum ini.


Betina Gatal , Seorang Isteri Terbaca Whatsapp Suami Dengan Bekas Kekasih....Tapi Cara Suaminya Membalas Memang Win...Anda Pasti Tidak Akan Menyangka !!!

Betina Gatal , Seorang Isteri Terbaca Whatsapp Suami Dengan Bekas Kekasih....Tapi Cara Suaminya Membalas Memang Win...Anda Pasti Tidak Akan Menyangka !!!