Thursday 25 August 2016

Filled Under:

GEMPAR!!! Video Rakam Suspek Cabul Murid Tahun 2 Di Stor Sekolah Tersebar... Ikuti Luahan Hati Mak Ayah Kanak-kanak Tersebut...

    GEMPAR!!! Video Rakam Suspek Cabul Murid Tahun 2 Di Stor Sekolah Tersebar... Ikuti Luahan Hati Mak Ayah Kanak-kanak Tersebut...


    KUALA TERENGGANU – Suspek kejadian serangan seksual yang melibatkan seorang murid perempuan tahun dua di sebuah sekolah rendah di Dungun, pada kelmarin, berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV).

    Kejadian tersebut hanya diketahui oleh ibu murid Sekolah Kebangsaan Batu 48 itu setelah dimaklumkan oleh guru kelas anaknya pada pukul 2.30 petang, pada hari yang sama.

    Menerusi rakaman CCTV di sekolah berkenaan, pemuda berbaju biru dan berseluar pendek itu dilihat masuk ke dalam sekolah dan mengekori mangsa dari belakang.

    Mangsa pada ketika itu difahamkan sedang menunggu masa untuk memasuki kelas Fardu Ain dan tidak menyedari dirinya diperhatikan.

    Tidak lama kemudian, lelaki itu beredar dan diikuti oleh kanak-kanak terbabit. Selang beberapa minit kemudian, mangsa dilihat melarikan diri.

    Bernama semalam melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Ab. Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa memberitahu bahawa dia telah didukung oleh lelaki terbabit masuk ke bilik stor.

    Namun, mangsa kemudian menjerit menyebabkan lelaki itu melepaskannya dan melarikan diri.

    “Rakaman CCTV menampakkan wajah lelaki berkenaan dan guru kelas mangsa menyuruhnya membuat laporan polis.

    “Hasil siasatan yang dijalankan, polis berjaya mengenalpasti identiti lelaki itu dan kini sedang giat mengesan dan menangkap suspek,” katanya.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.





    0 comments:

    Post a Comment