Monday 24 October 2016

Filled Under:

"Memang Status Saya Janda Kena Tinggal Dengan Suami, Tapi Patut Ke Dia Buat Benda Tu? Memang Ramai Tak Tahu Sebenarnya Dia , , ," Nabil Kena Sembur Direct! Lihat Apa Yang Dia Buat Pada Elly Mazlien Menangis Janda Ni..


    "Memang Status Saya Janda Kena Tinggal Dengan Suami, Tapi Patut Ke Dia Buat Benda Tu? Memang Ramai Tak Tahu Sebenarnya Dia , , ," Nabil Kena Sembur Direct! Lihat Apa Yang Dia Buat Pada Elly Mazlien Menangis Janda Ni..








    GV 3 Nyanyi Lagu Kisah Hidup Sendiri Saya Hampir Menangis Elly Mazlein



    Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Elly Mazlein hampir menangis ketika menyanyikan lagu tugasan untuk minggu kedua, Berpisah Jua.


    "Saya akui, lagu yang saya persembahkan seperti kena dengan kisah hidup saya. Saya rasa macam menyanyi di hadapan cermin.


    "Minggu pertama lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, minggu kedua pula lagu Berpisah Jua.


    "Pada awalnya, saya takut saya tidak boleh menahan sebak dan emosi ketika menyanyikan lagu Berpisah Jua. Saya hampir menangis ketika menyanyikan lagu tersebut.


    "Namun begitu, saya menguatkan hati dan akhirnya dapat menyanyikan lagu itu dengan baik. Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya," kata Elly kepada Astro Gempak.


    Bakal menyanyikan lagu Perawan atau Janda di konsert ketiga, Elly menerima cabaran tersebut dengan hati terbuka.


    "Walaupun setakat ini semua lagu yang saya nyanyikan sedikit sebanyak ada kena mengena dengan status saya sekarang, saya memandang perkara itu positif.


    "GV 3 merupakan sebuah pertandingan. Saya merupakan seorang penyanyi dan harus bersikap profesional. Saya menerima lagu tugasan tersebut dengan hati terbuka.


    "Saya tidak boleh bersikap sensitif dan menganggap ini sebagai cabaran. Sudah namanya pun pertandingan, berilah lagu apa pun, lagu sedih atau gembira, saya harus menggalas tugas yang diberikan dengan baik.


    "Lagu Perawan atau Janda merupakan sesuatu yang asing bagi saya. Sebelum ini, agak jarang saya menyanyikan lagu dangdut.


    "Saya mahu memberikan sebuah persembahan yang menghiburkan. Jangan lupa untuk menantikan persembahan saya di minggu ketiga nanti," katanya lagi.


    GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).


    Konsert minggu ketiga GV 3 bakal membawa tema Ada Bran? dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.


    Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik --->

    Bukan kali pertama mahu pun kali kedua, pengacara dan juga pelawak Nabil Ahmad nampaknya kini sekali lagi menarik minat orang ramai apabila dikatakan berlawak tidak kena pada tempatnya. Perkara tersebut dilakukan Nabil sewaktu mengacara program realiti Gegar Vaganza.






    Dalam siaran tersebut, Nabil telah mengeluarkan kenyataan – Macam ni punya cantik pun berpisah jua, yang ditujukan kepada Elly Mazlein selepas selesai persembahan. Seperti mana yang mana kita tahu, Elly sedang berusaha dalam mendapatkan semangat baru selepas sahaja bercerai dengan bekas suaminya, Azmi Hatta.


    Nyata lawak yang diucapkan Nabil tersebut mengundang pelbagai persepsi berbeza di kalangan warga laman sosial. Ada yang menyifatkan lawak Nabil terlalu biadap selain dicemuh kerana tidak pandai menghormati perasaan orang lain.


    Bagaimanapun, Elly Mazlein ketika itu dilihat bijak mengawal suasana dan kami rasakan penyanyi wanita itu sudah cukup kuat untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Sementara itu, pastinya Nabil pun ada jawapan tersendiri – sudah termaktub dalam kontrak mungkin lawak sedemikian.


    Apa pun, insiden tersebut dalam masa yang sama sebenarnya turut membuatkan orang ramai tidak berhenti bercakap mengenai program tersebut. Setinggi mana kebencian orang ramai terhadap jenaka Nabil pun, mereka akan terus menonton sehingga final, sama seperti dua musim sebelum ini.




    0 comments:

    Post a Comment