Awie mudah menitiskan air mata
Tanggal 7 Oktober lepas merupakan detik indah buat Awie dan Sharifah Ladyana yang sah bergelar suami isteri. Difahamkan, majlis pernikahan mereka diadakan di Thailand.
Bila Ladyana bernikah dengan Awie, ada juga mulut-mulut yang mengatakan mengapakah wanita yang 19 tahun lebih muda daripada penyanyi rock itu mahu berkahwin dengan seseorang yang mempunyai kes memukul isterinya sebelum ini.
Bukan itu sahaja, Ladyana juga sanggup menggalas tanggungjawab untuk bergelar ibu segera kepada lima orang anak Awie.
Menurut Ladyana, perbezaan umur mereka bukanlah penghalang untuk beliau dan Awie berkasih sayang. Mungkin pada luaran Awie tampak ganas dan keras tetapi beliau sebenarnya pandai mengambil hati.
Mungkin luarannya nampak kasar dan keras, tetapi Awie sebenarnya kelakar serta mudah menitiskan air mata.
Saya banyak bermuhasabah diri, berfikir dengan tenang, selain menunaikan solat istikharah dan berdoa diberi petunjuk sebelum memilih Awie sebagai suami. Saya berharap perkahwinan kami diberkati dan saya menjadi insan terakhir dalam hidupnya.
Ladyana juga tidak kisah apa pandangan masyarakat terhadap keputusannya untuk berkahwin dengan Awie. Buat beliau, Awie adalah lelaki yang terbaik.
Saya lebih mengenali sisi peribadinya, malah antara kami tiada rahsia. Awie terlalu menyayangi dan melindungi anaknya dan dari situ, saya yakin dia mampu menjaga saya dengan baik.
Jodoh antara Ladyana dan Awie sudah ditentukan oleh Allah SWT. Kami harap perkahwinan mereka berdua akan kekal sehingga hujung nyawa dan dilimpahi dengan kebahagiaan. Amin..

0 comments:
Post a Comment